CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, January 4, 2008

KULIAH 2:

Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran

1. Interpretasi Umum Tentang Kurikulum

•Apa yang diajar di sekolah
•Satu unit pengajaran
•Kandungan pelajaran
•Program pengajaran
•Satu urutan kursus
•Kursus pengajian
•Kesemua pengalaman yang diperolehi di sekolah
•Kesemua p

2. Definisi Kurikulum

2.1 Kurikulum Sebagai Sistem
•Kurikulum ialah satu sistem dalam mana manusia dan proses atau organisasi kakitangan dan prosedur berinteraksi secara linear ataupun bukan linear.

2.2 Kurikulum Sebagai Pengalaman

•Kurikulum ialah kesemua pengalaman yang diperolehi di bawah panduan guru atau sekolah… (Caswell & Campbell, 1935)
•Kurikulum ialah proses membina semula pengetahuan dan pengalaman secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau universiti supaya pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka (Tanner & Tanner, 1980)

2.3 Kurikulum Sebagai Bidang Kajian

•Kurikulum mempunyai domain pengetahuan, teori, prinsip dan kajian mengenainya yang tersendiri. Kurikulum dibincangkan secara akademik dan teoritikal dari segi sejarah, falsafah dan sosial (Mc Neal, 1990)

2.4 Kurikulum Sebagai Mata Pelajaran

•Kurikulum ialah kandungan pelajaran sesuatu mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan Sejarah, bagi tahap, tahun, kelas atau tingkatan tertentu (Shepherd & Ragan, 1993)

2.5 Kurikulum sebagai pelan tindakan atau rancangan:-

•Kurikulum adalah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan sekolah atau institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1980)

•Kurikulum ialah pelan atau rancangan untuk sesuatu tindakan; atau dokumen bertulis yang mengandungi strategi bagi mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein & Hunkins, 1993, 1998)

0 comments: