CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, January 18, 2008

KULIAH 3: Taxonomy


Grouping of organisms – The science of classifying plants, animals, and microorganisms into increasingly broader categories based on shared features. Traditionally, organisms were grouped by physical resemblances, but in recent times other criteria such as genetic matching have also been used.

Principles of classification – The practice or principles of classification

Study of classification – The study of the rules and practice of classifying living organisms

Sumber: Encarta® World English Dictionary
[North American Edition] © & (P) 2001 Microsoft
Corporation.

Domain kognitif mengandungi 6 kelas:-

1. Pengetahuan

2. Kefahaman

3. Aplikasi

4. Analisis

5. Sintesis

6. Penilaian

KEBOLEHAN & KEMAHIRAN INTELEKTUAL

Ia merupakan kecekapan, kemahiran atau teknik intelek untuk menyusun, menyusun semula dan mengurus bahan serta masalah bagi mencapai sesuatu tujuan.
Bahan atau fakta terlibat mungkin yang diberi atau yang diingat.

PENGETAHUAN

Mengingat kembali sesuatu istilah,fakta,konsep,prinsip,hukum, kaedah, proses, corak, struktur, latar , prosedur dan sbg.

Objektif pembelajaran pada aras pengetahuan dalam domain kognitif menekankan penyusunan semula isyarat, tanda saran, dan petunjuk, yang terlibat dalam proses mengingat.

KEFAHAMAN

Kefahaman berada pada aras asas dalam penaakulan.Sejenis pemahaman individu terhadap apa yang disampaikan.Pemahaman membolehkan individu menggunakan bahan atau idea tersebut tanpa merujuk kepada bahan lain atau melihat implikasinya.

APLIKASI

Penggunaan idea, teori, prinsip yang abstrak, tata cara atau kaedah am dalam situasi yang lebih konkrit.
Kebolehan menggunakan sesuatu istilah,fakta, konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur dalam situasi yang baru.
Contoh: Menggunakan sesuatu teori pengajaran untuk merancang bahan dan kaedah pengajaran sesuatu topik.
Kebolehan menggunakan pengetahuan kepada situasi konkrit dan baru.

ANALISIS

Kebolehan membuat analisis atau mencerakinkan sesuatu, seperti idea, prinsip, kaedah atau maklumat menjadi unsur-unsur atau bahagian yang lebih kecil.
Kebolehan memecahkan konsep,kaedah,cara atau prosedur pada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan diantaranya.
Kebolehan memisahkan bahan kepada bahagian-bahagian komponen supaya struktur organisasinya mudah difahami.

SINTESIS

Mengecam unsur-unsur atau bahagian-bahagian supaya terbentuk satu keseluruhan.
Kebolehan mengabung/menyusun bahagian-bahagian dan menjadikannya satu pola, struktur, sistem yang baru, yang tidak wujud sebelum ini.
Kebolehan untuk menyusun bahagian-bahagian bagi membentuk satu keseluruhan
Menekankan kepada perlakuan kreatif,pembentukan pola atau corak baru atau struktur.

PENILAIAN

Membuat pertimbangan (judgement) nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah, bagi sesuatu tujuan.
Kebolehan menilai sesuatu idea,konsep,prinsip,kaedah,cara,prosedur,projek atau tindakan
Membuat penilaian dan pertimbangan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.
Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dari dalam.
Kebolehan membuat pertimbangan atau pengadilan yang berasaskan kreteria tertentu

0 comments: