CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Thursday, January 17, 2008

LAMPIRAN TUGASAN 2


Klasifikasi dan aras ’pengetahuan’ (knowledge) mengikut Taksonomi Bloom, Domain Kognitif.
(Rujukan: Bloom, Benjamin S., et. al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook 1: Cognitive Domain, London: Longman)
Apakah kandungan sesuatu mata pelajaran?

Apakah ’ilmu pengetahuan’ di dalamnya?
Dalam setiap subjek atau topik terdapat beberapa ‘jenis’ dan ‘aras’ ilmu pengetahuan. Berikut ialah huraian dan beberapa contoh pengetahuan (knowledge) dalam sesuatu mata pelajaran mengkiut Taksonomi Bloom

Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti nama orang, nama tempat, tarikh, ukuran. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama? Di manakah Johor Bahru? Berapa luaskah Malaysia.

Istilah: (knowledge of terminology)
Erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-verbal symbols). Sesuatu istilah biasanya membanyangkan satu konsep. Dalam matematik misalnya terdapat istilah atau konsep seperti tambah, tolak, darab dan bahagi; nisbah, peratus dsb. Dalam Bahasa Melayu terdapat istilah atau konsep seperti tatabahasa, ayat, perkataan jenis nama, perbuatan, kata sifat (adjektif), adverba, dsb.

Cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with specifics)
Cara atau prosedur membuat sesuatu, cara menyusun dan menyelengara sesuatu: misalnya cara membuat peta, cara menulis laporan, cara mempelajari sesuatu, cara menilai sesuatu. Ini termasuk juga tahu cara mencari maklumat, memilih dan mengsintesis maklumat; prosedur mengatur atau menyusun sesuatu mengikut kronologi; mengetahui kriteria dan cara membuat penilaian.

Kelaziman atau adat (conventions).
Cara-cara khusus yang lazim dibuat dalam sesuatu konteks atau budaya: misalnya cara yang sesuai atau sopan untuk menyampaikan idea dan pendapat dalam sesuatu situasi (majlis, tempat, masa, dsb); format menulis surat kiriman yang dianggap sesuai untuk sesuatu tujuan; kesedaran tentang pentingnya keselamatan dalam makmal kimia dan beberapa ’kelaziman’ atau tataterbit mengurus dan mengguna bahan kimia yang perlu dipatuhi; dalam pembelajaran ada adab tertib memanggil guru, memanggil kawan, dan bekerjasama dalam kumpulan; tahu bertutur dengan sopan; berpakaian seragam sekolah yang kemas; dalam sukan, tahu memakai pakaian untuk bersukan; mengamalkan ketepatan masa dalam membuat kerja, yang semuanya diterima sebagai ‘kelaziman’ yang sesuai di sekolah.

Apakah contoh kelaziman dalam pengajaran-pembelajaran sesuatu topik atau subjek?
Trend dan turutan (knowledge of trends and sequences)
Proses, arah, halatuju, gerakan atau perubahan sesuatu mengikut peredaran masa. Misalnya mengetahui trend penggunaan komputer, halatuju negara Malaysia, perubahan dalam alat dan cara berkomunikasi. Trend dan perkembangan ini turut mempengaruhi perubahan dalam cara pengajaran-pembelajaran; dan mempengaruhi perubahan dalam jenis pekerjaan.

g) Kriteria
Mengetahui tentang kriteria bagaimana fakta, prinsip, kaedah, pendapat, idea, tingkah laku, dsb diuji dan dinilai. Apakah kriteria atau asas sesuatu itu dinilai? Bagaimanakah pencapaian pelajar di sekolah dinilai? Apakah asasnya? Bagaimanakah kamu menilai hasil kerja kamu? Apakah kriteria yang kamu gunakan untuk membeli sesuah buku?

h) Kaedah penyelidikan (methodology).
Mengetahui tentang kaedah, prosedur dan teknik menyelidik untuk mengkaji sesuatu perkara atau sesuatu bidang. Contohnya pelajar perlu mengetahui tentang kaedah saintifik dalam penyelidikan biologi; kaedah saintifik untuk menyelesaikan sesuatu masalah kesihatan. Kaedah saintifik untuk mengkaji apakah kesan penggunaan komputer dalam pembelajaran di sekolah?
Bagaimanakah kita menguji prestasi pelajar dalam bahasa Inggeris?

i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang.
Mengetahui tentang skima dan corak (schemes and patterns) sesuatu, bagaimana idea dan fenomina disusun. Ini termasuklah generalisasi, prinsip yang digunakan dalam sesuatu bidang untuk memahami sesuatu masalah atau fenomena dalam bidang itu. Contohnya dalam ilmu ekonomi terdapat kaedah jual-beli untuk menentukan harga sesuatu barang; prinsip pembelajaran dari mudah ke lebih susah; prinsip hubungan antara guru dan murid di sekolah; prinsip pentadbiran sesuatu organisasi pernigaan.
Mengetahui prinsip atau model berguna untuk menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum ‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyak latihan lebih cekap;

j) Teori dan struktur pengetahuan
Ini aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui dan dapat mengingat kembali teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya. Dalam psikologi pembelajaran terdapat teori ‘stimulus-respon’, teori getalt, teori motivasi Maslow. Apakah teori yang kamu pelajari dalam geografi, ekonomi, fizik dan biologi?
Dalam menentukan apakah yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran atau sesuatu topik, analisis kandungan topik berdasarkan klasifikasi ‘pengetahuan’ di atas berguna, supaya berbagai aspek dan aras ‘pengetahuan’ dalam topik itu akan diliputi.

0 comments: