CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Wednesday, January 9, 2008

MAAL HIJRAH / AWAL MUHARAM

KULIAH PEDAGOGI BERJALAN SEPERTI BIASA PADA MINGGU HADAPAN BAGI KUMPULAN G DEWAN KULIAH K HARI KHAMIS 8.00 MALAM HINGGA 11 MALAM.



membawa perubahan dalam hidup kita khususnya kepada sesuatu yang lebih baik dan bagus daripada sebelumnya. Selamat Menyambut tahun baru hijrah. Sermoga kita dilimpahi rezeki,rahmat dan perlindungan Allah S .W.T sentiasa. Amin.

Di bawah adalah lampiran keseluruhan Tugasan .

TUGASAN 1 (10 markah): Tugasan ini boleh dibuat secara individu atau berdua.

Bahagian A: Masuk ke Laman Web ‘Creative Teaching’ atau rujuk buku dan cari satu penulisan tentang kaedah/teknik pengajaran kreatif yang anda minat. Buat peta minda sebagai ringkasan tentang teknik ini. Buat ulasan dan cadangan bagaimana teknik ini akan anda guna dalam pengajaran satu topik dalam mata pelajaran pengkhususan anda. Buat ulasan dan cadangan anda ini dalam bentuk persembahan ’power-point’. Sila hantar tugasan anda besertakan salinan artikel berkenaan.

Bahagian B: Pilih satu konsep di bawah. Buat rujukan sekurang-kurangnya satu artikel dalam bahasa Inggeris dalam internet atau dalam buku atau jurnal. Buat peta minda untuk meringkaskan artikel itu. Buat ulusan bagaimana konsep atau pendekatan ini berguna untuk pengajaran anda. Buat ulasan dan cadangan anda ini dalam bentuk persembahan ’power-point’. Sila hantar tugasan anda besertakan salinan artikel berkenaan.

Sila sertakan kedua-dua tugasan (dan salinan artikel) Bahagian A dan B dalam CD juga, pada akhir minggu ke 4.

Konsep atau tajuk: Carl Rogers nondirected teaching, smart school (in Malaysia), mastery learning, cooperative learning, problem-based learning, constructivism, inquiry teaching, inductive teaching, Ausubel’s advance organizer, open classrooms, formative and summative evaluation, accelerated learning, project method.

Pembentangan: Pelajar akan dikehendaki membentang Tugasan mereka (sama ada Tugasan 1 atau 2, atau sebahagian darinya), mengikut arahan pensyarah, dan markah akan diberi berdasarkan kualiti pembentangan itu.

TUGASAN 2: 40 Markah

Tugasan ini mempunyai 2 Bahagian, yang berkaitan.

Tugasan 2 ini boleh dibuat dalam kumpulan 3-4 orang. Tugasan ini hendaklah dibuat sebagai satu kesatuan. Tarikh penyerahan tugasan ini ialah pada akhir minggu ke 10.

Bahagian 1.

1. Pilih satu topik atau sub-topik untuk mengajar 3 – 4 unit pelajaran berturutan dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar di sekolah menengah atau sekolah rendah. Misalnya anda boleh memilih topik ‘pelaburan’ dalam mata pelajaran Perdagangan atau Ekonomi bagi Tingkatan 4.

Topik ini boleh dipilih berdasarkan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks dan buku rujukan mata pelajaran berkenaan.

2. Buat ringkasan konsep, idea utama, teori, prosedur, kemahiran dan fakta penting berkaitan dengan topik itu dalam satu atau dua peta konsep atau carta.

Tulis sumber-sumber rujukan dari mana kamu mendapat isi atau kandungan topik ini.

3. Bagi topik yang anda pilih, buat nota isi / kandungan topik ini mengikut jenis dan ’aras pengetahuan’ dan kemahiran (berdasarkan klasifikasi ’knowledge’ dalam Taksonomi Bloom) sebagai panduan untuk kamu mengajar kepada pelajar.

a) Fakta spesifik (specific facts)

b) Istilah (terminology)

c) Cara atau kaedah membuat sesuatu

(knowledge of ways and means of dealing with specifics)

d) Kelaziman atau adat (conventions)

e) Trend dan turutan

(knowledge of trends and sequences)

f) Klasifikasi dan kategori

(knowledge of classifications and categories)

g) Kriteria

h) Kaedah penyelidikan (methodology).

i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang.

j) Teori dan struktur pengetahuan

Sungguh pun terdapat 10 jenis dan ’aras pengetahuan’ mengikut Taksonomi Bloom, sesuatu topik itu mungkin mengandungi hanya beberapa jenis dan aras pengetahuan yang penting yang guru ingin beri tekanan, misalnya dalam sesuatu topik itu guru ingin menekankan

Beberapa fakta penting

  1. Beberapa istilah atau konsep penting
  2. Cara atau prosedur membuat sesuatu (misalnya membuat peta, carta atau rajah; cara menulis laporan); dan dengan itu kemahiran-kemahiran penting berhubung dengan prosedur ini yang perlu pelajar menguasai.
  3. Klasifikasi dan kriteria membuat klasifikasi
  4. Prinsip dan teori berhubung dengan topik itu.

(Huraian tentang jenis, aras dan klasifikasi ’pengetahuan’ ini adalah seperti yang dilampirkan)

Bahagian 2:

1. Menulis kenyataan objektif dan contoh soalan ujian berdasarkan enam (6) aras taksonomi Bloom, berhubung dengan topik dan kandungan yang anda huraikan dalam Bahagian 1.

Dengan berpandukan kandungan topik dalam Bahagian 1, anda hendaklah

a) menulis satu kenyataan objektif bagi setiap 6 aras taksonomi Bloom bagi topik itu.

b) serentak dengan itu, bagi setiap kenyataan objektif, anda hendaklah menulis soalan yang sesuai untuk menguji pelajar sejauh mana mereka mencapai objektif itu.

Ini akan menjadi objektif pengajaran topik anda itu.

Contohnya:

Objektif (aras pengetahuan): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menyenaraikan........ .......dan pelajar dapat memberi contohnya.

Soalan: Nyatakan tiga contoh...........

Objektif (aras analisis): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat membezakan antara xx, yy dan zz.

Soalan: Dengan menggunakan data berikut, bezakan antara xx dan yy dan zz.

2. Pendekatan pengajaran

Guna dua (2) pendekatan yang berlainan berikut untuk mengajar topik di atas, bagi mencapai objektif pengajaran anda dalam 3 – 4 unit pelajaran yang berturutan (sequential).

a) Pendekatan pembelajaran masteri,

dan sama ada

b) Pendekatan ‘berasaskan-masalah’ (problem-based approach),

atau

c) Pendekatan inkuiri – terpimpin (guided-inquiry method)

Turutan atau sequens langkah-langkah pengajaran bagi pendekatan masteri berbeza dengan sequens Pendekatan berasaskan-masalah atau Pendekatan inkuiri-terpimpin.

(Ertinya: Objektif dan kandungan topik sama, tetapi pendekatan pengajaran adalah dua pendekatan yang berlainan )

Bagi setiap pendekatan di atas (iaitu Pendekatan pembelajaran masteri; dan (a) Pendekatan ‘berasaskan-masalah’ (problem-based approach), atau (b)Pendekatan inkuiri-terpimpin, nyatakan sequens atau turutan langkah-langkah pengajaran guru dan aktiviti pelajar untuk mengajar topik itu dan kandungannya supaya meliputi keenam-enam aras taksonomi Bloom.

Buat jadual spesifikasi berikut untuk setiap satu Pendekatan itu sebagai ringkasan.

Buat jadual spesifikasi seperti berikut (Jadual ini boleh dibuat dalam bentuk lanskap)

unit Pengajaran

Objek/Hasil Pembelajaran

Kandungan pelajaran

Kaedah Mengajar

Kaedah Penilaian

Unit 1 (nyatakan sub- topiknya)

nyatakan

nyatakan

nyatakan

nyatakan

Unit 2

Unit 3

Dalam sequens langkah-langkah pengajaran bagi setiap Pendekatan itu anda boleh mengguna pelbagai teknik pengajaran seperti di bawah

Berikut ialah beberpa contoh kaedah atau teknik mengajar yang anda boleh gunakan dalam pengajaran topik anda itu. Buat sequens langkah-langkah pengajaran yang mengguna kombinasi beberapa teknik pengajaran berikut:

Demonstrasi

Deduktif

Induktif

Drama

Eksperimen

Kajian kes

Kerja amali

Kerja lapangan

Main peranan

Panel Pakar

Pembelajaran kooperatif

Pembentangan

Bercerita

Peneragan dan Perbincangan

Projek

Simulasi

Syarahan dan soal jawab

Tunjuk sampel

Metakognisi

Mengguna komputer, DVD

Lihat Lampiran 2 tentang contoh ringkas susunan langkah-langkah Gagne.

Lampiran 1

Klasifikasi dan aras ’pengetahuan’ (knowledge) mengikut Taksonomi Bloom, Domain Kognitif.

(Rujukan: Bloom, Benjamin S., et. al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook 1: Cognitive Domain, London: Longman)

Apakah kandungan sesuatu mata pelajaran?

Apakah ’ilmu pengetahuan’ di dalamnya?

Dalam setiap subjek atau topik terdapat beberapa ‘jenis’ dan ‘aras’ ilmu pengetahuan. Berikut ialah huraian dan beberapa contoh pengetahuan (knowledge) dalam sesuatu mata pelajaran mengkiut Taksonomi Bloom.

a) Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti nama orang, nama tempat, tarikh, ukuran. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama? Di manakah Johor Bahru? Berapa luaskah Malaysia.

b) Istilah: (knowledge of terminology)

Erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-verbal symbols). Sesuatu istilah biasanya membanyangkan satu konsep. Dalam matematik misalnya terdapat istilah atau konsep seperti tambah, tolak, darab dan bahagi; nisbah, peratus dsb. Dalam Bahasa Melayu terdapat istilah atau konsep seperti tatabahasa, ayat, perkataan jenis nama, perbuatan, kata sifat (adjektif), adverba, dsb.

c) Cara atau kaedah membuat sesuatu

(knowledge of ways and means of dealing with specifics)

Cara atau prosedur membuat sesuatu, cara menyusun dan menyelengara sesuatu: misalnya cara membuat peta, cara menulis laporan, cara mempelajari sesuatu, cara menilai sesuatu. Ini termasuk juga tahu cara mencari maklumat, memilih dan mengsintesis maklumat; prosedur mengatur atau menyusun sesuatu mengikut kronologi; mengetahui kriteria dan cara membuat penilaian.

Apakah langkah-langkah utama untuk menyelidik sesuatu? Bagaimanakah anda membuat eksperimen untuk menguji dan membanding kesan tiga jenis baja dalam pertumbuhan pokok. Bagaimanakah hendak menyiap projek ini?

d) Kelaziman atau adat (conventions).

Cara-cara khusus yang lazim dibuat dalam sesuatu konteks atau budaya: misalnya cara yang sesuai atau sopan untuk menyampaikan idea dan pendapat dalam sesuatu situasi (majlis, tempat, masa, dsb); format menulis surat kiriman yang dianggap sesuai untuk sesuatu tujuan; kesedaran tentang pentingnya keselamatan dalam makmal kimia dan beberapa ’kelaziman’ atau tataterbit mengurus dan mengguna bahan kimia yang perlu dipatuhi; dalam pembelajaran ada adab tertib memanggil guru, memanggil kawan, dan bekerjasama dalam kumpulan; tahu bertutur dengan sopan; berpakaian seragam sekolah yang kemas; dalam sukan, tahu memakai pakaian untuk bersukan; mengamalkan ketepatan masa dalam membuat kerja, yang semuanya diterima sebagai ‘kelaziman’ yang sesuai di sekolah.

Apakah contoh kelaziman dalam pengajaran-pembelajaran sesuatu topik atau subjek?

e) Trend dan turutan

(knowledge of trends and sequences)

Proses, arah, halatuju, gerakan atau perubahan sesuatu mengikut peredaran masa. Misalnya mengetahui trend penggunaan komputer, halatuju negara Malaysia, perubahan dalam alat dan cara berkomunikasi. Trend dan perkembangan ini turut mempengaruhi perubahan dalam cara pengajaran-pembelajaran; dan mempengaruhi perubahan dalam jenis pekerjaan.


f) Klasifikasi dan kategori

(knowledge of classifications and categories)

Kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dsb. Apakah klasifikasi buku yang terdapat di perpustakaan sekolah? Klasifikasi jenis haiwan, tumbuh-tumbuhan dan pokok; klasifikasi jenis pekerjaan. Apakah asas klasifikasi kandungan pelajaran di sekolah? Buat analisis atau klasifikasi penduduk di Malaysia berdasarkan jantina, keturunan dan negeri tempat tinggal.

g) Kriteria

Mengetahui tentang kriteria bagaimana fakta, prinsip, kaedah, pendapat, idea, tingkah laku, dsb diuji dan dinilai. Apakah kriteria atau asas sesuatu itu dinilai? Bagaimanakah pencapaian pelajar di sekolah dinilai? Apakah asasnya? Bagaimanakah kamu menilai hasil kerja kamu? Apakah kriteria yang kamu gunakan untuk membeli sesuah buku?

h) Kaedah penyelidikan (methodology).

Mengetahui tentang kaedah, prosedur dan teknik menyelidik untuk mengkaji sesuatu perkara atau sesuatu bidang. Contohnya pelajar perlu mengetahui tentang kaedah saintifik dalam penyelidikan biologi; kaedah saintifik untuk menyelesaikan sesuatu masalah kesihatan. Kaedah saintifik untuk mengkaji apakah kesan penggunaan komputer dalam pembelajaran di sekolah?

Bagaimanakah kita menguji prestasi pelajar dalam bahasa Inggeris?

i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang.

Mengetahui tentang skima dan corak (schemes and patterns) sesuatu,

bagaimana idea dan fenomina disusun. Ini termasuklah generalisasi, prinsip yang digunakan dalam sesuatu bidang untuk memahami sesuatu masalah atau fenomena dalam bidang itu. Contohnya dalam ilmu ekonomi terdapat kaedah jual-beli untuk menentukan harga sesuatu barang; prinsip pembelajaran dari mudah ke lebih susah; prinsip hubungan antara guru dan murid di sekolah; prinsip pentadbiran sesuatu organisasi pernigaan.


Mengetahui prinsip atau model berguna untuk menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum ‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyak latihan lebih cekap;

j) Teori dan struktur pengetahuan

Ini aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui dan dapat mengingat kembali teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya. Dalam psikologi pembelajaran terdapat teori ‘stimulus-respon’, teori getalt, teori motivasi Maslow. Apakah teori yang kamu pelajari dalam geografi, ekonomi, fizik dan biologi?

Dalam menentukan apakah yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran atau sesuatu topik, analisis kandungan topik berdasarkan klasifikasi ‘pengetahuan’ di atas berguna, supaya berbagai aspek dan aras ‘pengetahuan’ dalam topik itu akan diliputi.

Lampiran 2

Contoh susunan langkah-langkah ringkas pengajaran mengikut Gagne

Anda hendaklah menanggap ini sebagai contoh saja. Langkah-langkah pengajaran anda haruslah lebih terperinci.

Dalam Bab 12 buku Gagne, R. (1985). The Conditions of Learning (4th ed.), Gagne mengemukakan susunan langkah-langkah pengajaran berikut berdasarkan teori hieraki kemahiran kognitifnya.

Mata Pelajaran Geografi: Tingkatan 4

Topik: Banjir

Pelajaran 1: (40 minit)

Langkah 1. Menarik perhatian pelajar – contohnya, menunjukkan gambar;

Langkah 2. Menentukan objektif pengajaran – beri soalan untuk pelajar mencari jawapan “Apakah sebab berlakunya banjir….”; “Apakah langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk mengatasi berlakunya banjir…” Pelajar dan guru bersoal-jawab untuk menentukan objekif pelajaran dan projek mereka.

Pelajaran 2: (40 minit)

Langkah 3. Ulangkaji pelajaran yang lalu. Bersoal-jawab dan menunjukkan tempat-tempat yang selalu berlaku banjr di sesuatu tempat yang dipelajari dalam pelajaran yang lalu.

Langkah 4. Beri stimulus. Misalnya, beri rangka untuk berbincang; misal beri satu contoh untuk membuat peta minda yang berfokuskan kepada ‘cara-cara mengatasi banjir.’

Langkah 5. Bimbing pelajar belajar. Pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan: satu kumpulan empat orang. Setiap kumpulan membuat peta mindanya tentang cara-cara mengatasi banjir. Guru beri bimbingan kepada kumpulan jika mereka menghadapi masalah.

Langkah 6. Perhatikan prestasi atau hasil kerja pelajar. Guru mengawasi perbincangan murid dalam kumpulan.

Langkah 7. Beri maklum balas. Dari jawapan murid, atau dari hasil kerja murid, guru dapat menilai proses pembelajaran murid; guru memberi komen sama ada murid berada dalam arah yang betul, dan beri pujian.

Pelajaran 3 (80 minit)

Langkah 8. Murid bentang kepada kelas hasil kerja peta minda mereka. Guru dan murid lain memberi komen dan buat penilaian dan tunjuk cara membuat pembetulan.

Langkah 9. Kukuhkan hasil pembelajaran murid. Suruh setiap murid menulis, menghuraikan lagi beberapa cadangan mereka tentang cara mengatasi banjir.

Langkah 10. Murid menulis laporan mengikut kumpulan.

Buat sequens langkah-langkah pengajaran

  • Pendekatan pengajaran masteri
  • Pendekatan pengajaran berasaskan-maslah (problem-based learning)
  • Pendekatan inkuiri-terpimpin

0 comments: