CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, January 4, 2008

MODEL TYLER

1. PRINSIP ASAS Model Tyler

4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu:

A Objektif pendidikan
B Kandungan Kurikulum
C. Kaedah Pengajaran
D Penilaian

2. OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER menentukan:-

1. Matlamat pendidikan yang hendak dicapai.
2. Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran.
3. Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran.
4. Pengujian dan penilaian.

A. Sumber Objektif Pendidikan

1.Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :-

I. Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritual dsb.
II. Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar.
III. Menentukan apakah minat pelajar.

2. Didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa:-

I. menentukan apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan dalam masyarakat semasa.
II.Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.

3. Didapati daripada cadangan pakar subjek :-
I. Melalui penulisan dan cadangan pakar.
II Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu.


Tapisan Objektif Pendidikan

1.Menggunakan falsafah dalam memilih objektif:-
II.Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih
objektif pendidikan.
III.Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan sama ada
menerima atau menolak sesuatu objektif.

2. Menggunakan psikologi dalam memilih objektif :-
I.Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi
tahap pencapaian dan umur pelajar.
II. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar yang diperlukan
oleh pelajar.

0 comments: