CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Thursday, January 24, 2008

KULIAH 4: 31/1/2008 PEMBELAJARAN MASTERI

Teori tentang satu kaedah mengurus pengajaran-pembelajaran menggunakan kurikulum sedia ada.

Teori yang mencadangkan bahawa semua pelajar boleh belajar sekiranya diberikan situasi belajar dan masa belajar yang bersesuaian.

Sebuah model pengajaran-pembelajaran yang dikemukakan oleh Benjamin Bloom (1968).

Kebiasaannya, menggunakan pendekatan kerja berkumpulan koperatif yang dibimbing guru, walaupun terdapat juga strategi pembelajaran secara individu.

“Most students become very similar with regard to
learning ability, rate of learning, and motivation for
further learning – when provided with favourable
learning conditions.”

Bloom (1968). Human characteristics and school learning.

PENGAJARAN UNTUK PENGUASAAN

Pengajaran, latihan, penilaian format, pengajaran semula, peneguhan dan penilaian sumatif disediakan.Setiap unit dimulakan dengan ujian diagnostik atau ujian formatif.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Unit/bab yang hendak diajar perli dianalisis terlebih dahulu.
Ujian dibina untuk mentaksir kemajuan dalam unit tersebut (taksiran formatif)

2 elemen penting di dalam pembelajaran penguasaan ialah:

1.Maklum balas, pemulihan dan proses pengayaan

2.Kesesuaian dan keselarasan antara komponen-komponen dalam pengajaran

0 comments: