CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Saturday, January 5, 2008

TUGASAN 2 : 40 MARKAH

TUGASAN 2: 40 Markah

Tugasan ini mempunyai 2 Bahagian, yang berkaitan.

Tugasan 2 ini boleh dibuat dalam kumpulan 3-4 orang. Tugasan ini hendaklah dibuat sebagai satu kesatuan. Tarikh penyerahan tugasan ini ialah pada akhir minggu ke 10.

Bahagian 1.

1. Pilih satu topik atau sub-topik untuk mengajar 3 – 4 unit pelajaran berturutan dalam mata pelajaran yang anda akan mengajar di sekolah menengah atau sekolah rendah. Misalnya anda boleh memilih topik ‘pelaburan’ dalam mata pelajaran Perdagangan atau Ekonomi bagi Tingkatan 4.

Topik ini boleh dipilih berdasarkan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks dan buku rujukan mata pelajaran berkenaan.

2. Buat ringkasan konsep, idea utama, teori, prosedur, kemahiran dan fakta penting berkaitan dengan topik itu dalam satu atau dua peta konsep atau carta.

Tulis sumber-sumber rujukan dari mana kamu mendapat isi atau kandungan topik ini.

3. Bagi topik yang anda pilih, buat nota isi / kandungan topik ini mengikut jenis dan ’aras pengetahuan’ dan kemahiran (berdasarkan klasifikasi ’knowledge’ dalam Taksonomi Bloom) sebagai panduan untuk kamu mengajar kepada pelajar.

a) Fakta spesifik (specific facts)

b) Istilah (terminology)

c) Cara atau kaedah membuat sesuatu

(knowledge of ways and means of dealing with specifics)

d) Kelaziman atau adat (conventions)

e) Trend dan turutan

(knowledge of trends and sequences)

f) Klasifikasi dan kategori

(knowledge of classifications and categories)

g) Kriteria

h) Kaedah penyelidikan (methodology).

i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang.

j) Teori dan struktur pengetahuan

Sungguh pun terdapat 10 jenis dan ’aras pengetahuan’ mengikut Taksonomi Bloom, sesuatu topik itu mungkin mengandungi hanya beberapa jenis dan aras pengetahuan yang penting yang guru ingin beri tekanan, misalnya dalam sesuatu topik itu guru ingin menekankan

Beberapa fakta penting

  1. Beberapa istilah atau konsep penting
  2. Cara atau prosedur membuat sesuatu (misalnya membuat peta, carta atau rajah; cara menulis laporan); dan dengan itu kemahiran-kemahiran penting berhubung dengan prosedur ini yang perlu pelajar menguasai.
  3. Klasifikasi dan kriteria membuat klasifikasi
  4. Prinsip dan teori berhubung dengan topik itu.

(Huraian tentang jenis, aras dan klasifikasi ’pengetahuan’ ini adalah seperti yang dilampirkan)

Bahagian 2:

1. Menulis kenyataan objektif dan contoh soalan ujian berdasarkan enam (6) aras taksonomi Bloom, berhubung dengan topik dan kandungan yang anda huraikan dalam Bahagian 1.

Dengan berpandukan kandungan topik dalam Bahagian 1, anda hendaklah

a) menulis satu kenyataan objektif bagi setiap 6 aras taksonomi Bloom bagi topik itu.

b) serentak dengan itu, bagi setiap kenyataan objektif, anda hendaklah menulis soalan yang sesuai untuk menguji pelajar sejauh mana mereka mencapai objektif itu.

Ini akan menjadi objektif pengajaran topik anda itu.

Contohnya:

Objektif (aras pengetahuan): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menyenaraikan........ .......dan pelajar dapat memberi contohnya.

Soalan: Nyatakan tiga contoh...........

Objektif (aras analisis): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat membezakan antara xx, yy dan zz.

Soalan: Dengan menggunakan data berikut, bezakan antara xx dan yy dan zz.

2. Pendekatan pengajaran

Guna dua (2) pendekatan yang berlainan berikut untuk mengajar topik di atas, bagi mencapai objektif pengajaran anda dalam 3 – 4 unit pelajaran yang berturutan (sequential).

a) Pendekatan pembelajaran masteri,

dan sama ada

b) Pendekatan ‘berasaskan-masalah’ (problem-based approach),

atau

c) Pendekatan inkuiri – terpimpin (guided-inquiry method)

Turutan atau sequens langkah-langkah pengajaran bagi pendekatan masteri berbeza dengan sequens Pendekatan berasaskan-masalah atau Pendekatan inkuiri-terpimpin.

(Ertinya: Objektif dan kandungan topik sama, tetapi pendekatan pengajaran adalah dua pendekatan yang berlainan )

Bagi setiap pendekatan di atas (iaitu Pendekatan pembelajaran masteri; dan (a) Pendekatan ‘berasaskan-masalah’ (problem-based approach), atau (b)Pendekatan inkuiri-terpimpin, nyatakan sequens atau turutan langkah-langkah pengajaran guru dan aktiviti pelajar untuk mengajar topik itu dan kandungannya supaya meliputi keenam-enam aras taksonomi Bloom.


0 comments: