CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, March 14, 2008

KULIAH 9 : Pendekatan Deduktif Advance Organiser

  • 3 penekanan dalam model ini:
  • Bagaimana maklumat (kandungan kurikulum) disusun
  • Bagaimana minda memproses maklumat baru (pembelajaran)
  • Bagaimana guru mengaplikasi kandungan dan pembelajaran dalam pengajaran mereka

  • Model yang dirancang untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar.
  • Guru berperanan menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya secara lebih bermakna dan berkesan.

    HASIL PEMBELAJARAN ( KOGNITIF )

  • PENGETAHUAN
  • Mengingat kembali sesuau fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur
    KEFAHAMAN
  • Kebolehan menerngkan sesuatu istilah, fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

  • APLIKASI
  • Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur dalam situasi yang baru

  • ANALISIS
  • Kebolehan memecahkan konsep,kaedah,cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkait di antaranya.

  • SINTESIS
  • Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna

  • PENILAIAN
  • Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah,cara, prosedur projek atau tindakan

  • Pendekatan Deduktif
  • Konsep pengajaran yang bermula daripada yang umum kepada yang khusus
    UMUM KHUSUS
  • Maklumat disampaikan melalui kuliah, pembacaan dan tugasan
    Peranan pelajar adalah untuk menguasai idea dan maklumat

  • Struktur Kognitif
  • Advance Organiser adalah model yang direka bentuk untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar

  • Struktur kognitif ialah struktur sesuatu bidang pengetahuan yang ada dalam minda seseorang; sebanyak mana pengetahuan yang ada dan sebaik mana pengetahuan tersebut tersusun, menggambarkan bentuk struktur kognitif seseorang.
    Mengukuhkan Struktur Kognitif

  • Ausubel menegaskan struktur kognitif sedia ada adalah faktor terpenting dan perlu diperkukuhkan bagi menentukan sama ada bahan baru yang disampaikan adalah bermakna, dapat difahami dengan baik dan dapat di simpan dalam ingatan

  • Tuesday, March 11, 2008

    SOALAN UJIAN ( HANTAR KE EMAIL suko2020@yahoo.co.uk )

    1. Cikgu Suko menggunakan radas sains untuk menjalankan suatu demonstrasi ujikaji. Apakah strategi yang Cikgu Suko gunakan?

  • I. strategi pemusatan guru
  • II. strategi pemusatan murid
  • III. strategi pemusatan bahan
  • IV. strategi pemusatan persekitaran
  • A. I dan III sahaja
  • B.I dan V sahaja
  • C. II sahaja
  • D. II dan IV sahaja

  • 2. Kaedah-kaedah mengajar yang boleh menggunakan pendekatan induktif ialah:
  • I. kaedah inkuiri-penemuan
  • II. kaedah penyelesaian masalah
  • III. Kaedah penyoalan
  • IV. Kaedah refleksi

  • A. I, II dan III sahaja
  • B. III dan IV sahaja
  • C. I, II, III dan IV
  • D. II dan IV sahaja

  • 3. Aktiviti pembejaran yang sesuai dijalankan dalam kumpulan pelbagai kebolehan ialah
  • I. aktiviti pengukuhan
  • II. aktiviti permainan
  • III aktiviti lakonan
  • IV. aktiviti koperatif
  • A. III dan IV sahaja
  • B. I, II, dan III sahaja
  • C. I dan II sahaja
  • D. II, III dan IV sahaja

  • 4. 'Apakah ciri-ciri tumbuhan?' Soalan ini ialah satu contoh soalan bermasalah yang dikemukakan oleh guru untuk diselesaikan melalui
  • A. kaedah inkuiri-penemuan
  • B. kaedah inkuiri
  • C. kaedah dapatan
  • D. kaedah penyelesaian masalah

  • 5.Yang manakah di antara tujuan-tujuan berikut BUKAN merupakan tujuan penggunaan kaedah penyelesaian dalam proses pengajaran-pembelajaran?
  • A.Melatih murid berfikir secara kritis dan kreatif
  • B. Memberi pengalaman kepada murid
    menyelesaikan masalah
  • C.Memberi peluang kepda murid menguasai
    kemahiran asas
  • D.Memupuk semangat berdikari dan kompetitif

    nyatakan nama dan no matrik anda TQ

  • KULIAH 8 ( 13 MAC 2008 )

    Pendekatan Induktif pendekatan Hilda Taba dan lain-lain yang berkenaan.

  • Model yang menekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental dan proses berfikir dengan menganalisis informasi dan membina konsep.

  • Dipelopori Pakar Kurikulum- Hilda Taba
  • Merekabentuk Strategi Pengajaran untuk membina proses berfikir secara induktif, terutamanya keupayaan menkategori dan menggunakan kategori

  • Taba membuat 3 andaian berfikir:
  • i.Proses Berfikir boleh diajar
  • ii.Proses berfikir adalah perlakuan aktif antara individu dan data
  • iii.Proses Berfikir melibatkan urutan yang mengikut peraturan

  • Taba mengenal pasti 3 strategi pengajaran yang mensepadukan unit pembelajaran dengan proses berfikir:
  • a.Membina konsep (strategi asas pengajaran)
  • b.Menginterpretasi data.
  • c.Mengaplikasi prinsip-prinsip

  • CONTOH PENGAJARAN INDUKTIF SAINS INKUIRI:
  • Guru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan.
  • Contoh: Struktur Tumbuh-tumbuhan.
  • Pelajar bekerja berpasangan – diberi sejumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak – nurseri sekolah.
  • Pelajar diminta membina kategori tumbuh-tumbuhan berasaskan ciri-ciri struktur akar, batang dan daun.
  • Pelajar buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan pasangan lain.

  • Guru menjadi pengerak aktiviti dengan mengajukan soalan untuk membimbing pelajar bergerak dari satu fasa ke satu fasa pada masa yang difikirkan sesuai.
  • Di peringkat permulaan, guru mengawal aktiviti pembelajaran
    Setelah pelajar biasa dengan pendekatan ini, pelajar diberi peluang untuk mengawal tindakan mereka sendiri
  • Guru perlu mengawal bagaimana pelajar memproses maklumat dan mengajukan soalan-soalan yang bersesuaian
  • Tugas utama guru adalah untuk memastikan tahap kesediaan pelajar dari segi kognitif untuk menjalankan tugasan yang diberi

  • Rujukan
  • Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1996) Models of teaching. Edisi ke-5. Boston: Allyn and Bacon. Bab 10 dan Bab 12.

  • Tuesday, March 4, 2008

    KULIAH 7 ( 6 MAC 2008 )

    KECERDASAN PELBAGAI DAN GAYA PEMBELAJARAN

  • Dalam ‘Frames of mind: The theory of multiple intelligences’, 1983, Howard Gardner mengemukakan 7 jenis kecerdasan.

  • KP boleh dibahagi kepada 3 kategori:
  • 1. Kecerdasan berkaitan objek
  • Visual ruang
  • Logikal-matematikal
  • kinesthetik

  • 2. Kecerdasan bebas
  • verbal linguistik muzik

  • 3. Kecerdasan berkaitan manusia
  • Interpersonal
  • intrapesonal

    Implikasi KP

  • Persekitaran pembelajaran – menyediakan penglaman pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk membina 7 kecerdasan.

  • Kurikulum seimbang – memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengembangkan 7 kecerdasan mereka.

  • Guru menggunakan 7 kecerdasan dalam menyediakan bahan pengajaran.

  • Ibu bapa dilibatkan untuk mengajar anak mereka kemahiran sosial.

  • Matlamat kurikulum – mengajar supaya pelajar faham. Skop kurikulum boleh disempitkan supaya pelajar belajar lebih mendalam tentang konsep asas bidang.

  • Pelajar belajar arah kendiri dengan memulakan dan menyiapkan projek pilihan mereka.

  • Sekolah menekankan perkembangan kemahiran tertentu melalui penerokaan.

  • Sekolah menggalakkan pembinaan pengetahuan dan kreativiti.

  • Bakat dan minat pelajar individu boleh dikenal pasti dan dikembangkan.

  • Pelajar diberi peluang untuk ambil bahagian dalam kokurikulum pilihan mereka.

  • Dengan kerjasama guru, pelajar kenal pasti cara mereka harus dinilai.

  • Maklum balas didapati daripada guru, rakan sebaya, orang luar, dan refleksi.

    PEMBENTANGAN INDIVIDU BERTERUSAN DAN BERSAMBUNG DARI MINGGU LEPAS

  •