CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, March 14, 2008

KULIAH 9 : Pendekatan Deduktif Advance Organiser

  • 3 penekanan dalam model ini:
  • Bagaimana maklumat (kandungan kurikulum) disusun
  • Bagaimana minda memproses maklumat baru (pembelajaran)
  • Bagaimana guru mengaplikasi kandungan dan pembelajaran dalam pengajaran mereka

  • Model yang dirancang untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar.
  • Guru berperanan menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya secara lebih bermakna dan berkesan.

    HASIL PEMBELAJARAN ( KOGNITIF )

  • PENGETAHUAN
  • Mengingat kembali sesuau fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur
    KEFAHAMAN
  • Kebolehan menerngkan sesuatu istilah, fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

  • APLIKASI
  • Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara atau prosedur dalam situasi yang baru

  • ANALISIS
  • Kebolehan memecahkan konsep,kaedah,cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkait di antaranya.

  • SINTESIS
  • Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna

  • PENILAIAN
  • Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah,cara, prosedur projek atau tindakan

  • Pendekatan Deduktif
  • Konsep pengajaran yang bermula daripada yang umum kepada yang khusus
    UMUM KHUSUS
  • Maklumat disampaikan melalui kuliah, pembacaan dan tugasan
    Peranan pelajar adalah untuk menguasai idea dan maklumat

  • Struktur Kognitif
  • Advance Organiser adalah model yang direka bentuk untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar

  • Struktur kognitif ialah struktur sesuatu bidang pengetahuan yang ada dalam minda seseorang; sebanyak mana pengetahuan yang ada dan sebaik mana pengetahuan tersebut tersusun, menggambarkan bentuk struktur kognitif seseorang.
    Mengukuhkan Struktur Kognitif

  • Ausubel menegaskan struktur kognitif sedia ada adalah faktor terpenting dan perlu diperkukuhkan bagi menentukan sama ada bahan baru yang disampaikan adalah bermakna, dapat difahami dengan baik dan dapat di simpan dalam ingatan

  • 0 comments: