CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Tuesday, March 3, 2009

CONTOH 2: RANCANGAN HARIAN

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR SEJARAH

Tarikh : 23 Julai 2007 (Isnin)
Tingkatan : 3 BISTARI
Masa : 8.10 – 8.50 pagi (40 minit)
Bilangan Pelajar : 35 orang
Mata Pelajaran : Sejarah

Tajuk : Bab 5 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu.

Sub Tajuk : Malayan Union 1946.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat;
1. Menyatakan sebab dan ciri penubuhan Malayan Union.
2. Menghuraikan syarat-syarat kerakyatan Malayan Union.
3. Meramalkan keadaan di Tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan.

Kaedah penyampaian : Kuliah dan Soal Jawab

Bahan Bantu Mengajar : Komputer – Program Power Point
Video tentang Malayan Union
LCD
Unsur Patriotisme : - Sentiasa berusaha megekalkan kedaulatan negara Malaysia. - Kesanggupan berjuang untuk mempertahankan maruah
bangsa.
Perubahan Tingkah Laku : Mempunyai semangat cinta akan negara.
Menghargai kemerdekaan yang dikecapi Malaysia hari ini.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar mengetahui serba sedikit tentang Malayan Union melalui media massa dan media cetak.

Refleksi / Cacatan:

0 comments: