CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Sunday, March 15, 2009

KULIAH 10 : Pengintegrasian Teknologi Maklumat





Teknologi maklumat digunakan dalam pendidikan sebagai satu alat untuk membantu dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Persekitaran multimedia di bilik darjah dapat diwujudkan apabila guru dan pelajar menggunakan buku teks, bahan manipulatif, overhead projector, peralatan muzik, televisyen, dan komputer. Antara pelbagai alat multimedia tersebut, komputer merupakan teknologi yang paling sesuai untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran kerana ia dapat mengintegrasikan audio, teks, video dan grafik dengan berkesan. Komputer boleh digunakan untuk mengoptimumkan proses melalui pelbagai mod. Antara mod tersebut termasuklah:

(a) Mod Sokongan (The Support)

Dalam mod sokongan, pelajar mengguna komputer untuk meningkatkan mutu hasil kerja dan bahan persembahan yang berkesan. Antara pelbagai perlatan yang boleh digunakan ialah pemprosesan perkataan (Word, Amipro, WordPerfect atau Wordstar), hamparan elektronik (Excel, Lotus 1,2,3 etc) dan persembahan grafik (Paint, PrintShop, Photoshop etc). PowerPoint dan Freelance Graphics boleh juga diambil kira sebagai perisian untuk mod sokongan ini.

(a) Mod Penemuan dan Kawalan (The Exploration & Control Mode)

Dalam mod ini, pelajarn dapat meneliti dan meneroka sesuatu situasi secara simulasi. Misalnya, pelajar boleh meneroka sesuatu peristiwa sejarah dan kajian luar mengikut sesuatu masa dan tempat yang disimulasikan oleh perisian interaktif seperti Encarta, Expert Builder, Model Builder, Hypercard dan Intellecta. Kebanyak perisian terbuka seperti The Animals, Al-Quran, Encyclopedia Science, dsb boleh juga dikategorikan dalam mod ini.

(a) Mod Tutorial (The Tutorial Mode)

Dalam mod ini, pelajar diperkenalkan pengetahuan dan kemahiran secara berperingkat yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Pembelajaran berlaku mengikut kemampuan sendiri dan pelajar mendapat motivasi untuk terus belajar kerana pencapaian dan kemajuan boleh didapati secara serta merta. Perisian seperti KBSM Sains, Maths Blaster, Essential Maths, Essential Science dsb boleh digulungkan di dalam kategori ini.

(a) Mod Resos (The Resource Mode)

Dalam mod ini, komputer digunakan untuk mengakses maklumat dan sumber pengajaran dan pembelajaran memalui internet. Pelajar boleh mengakses World Wide Web (WWW) untuk mendapatkan maklumat tentang kajian luar maya, projek, format penyelidikan dan kaedah terkini.

(a) Mod Perhubungan (The Link Mode)

Dalam mod ini, komputer digunakan untuk berkomunikasi di antara individu. Pelajar boleh menggunakan e-mail dan fax untuk berkomunikasi dan menghantar teks dan mesej serta mengalami pembelajaran jarak jauh melalui persidangan video.

0 comments: