CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Saturday, March 7, 2009

KULIAH 8: Penyoalan dalam P&P

1.Kemahiran MenyoalKemahiran menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk menggalakkan interaksiantara guru dan murid serta murid dan murid.

2.Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat.
Tambahan pula penyoalan dapat membantu menghubungkan di antara guru dengan murid dan
menyatukan ahli-ahli kumpulan melalui interaksi.

3. TEKNIK MENYOAL

•Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan.
•Oleh itu,adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan.
• Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.

4. Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan.
•Oleh itu,adalah perlu guru merancang terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan.
• Soalan-soalan yang ada kaitan dengan minat murid juga boleh digunakan.
•Memandangkan penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan penyertaan murid secara aktif, guru perlu menggunakan soalan sekerap mungkin.
•Penyoalan boleh digunakan pada peringkat permulaan,perkembangan dan peringkat penutup pelajaran.

5. Peringkat Permulaan Pembelajaran

•Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid mengaitkan pelajaran lepas dengan pelajaran baru menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan.

6. Peringkat Perkembangan Pembelajaran

•Pada peringkat ini soalan digunakan untuk: menduga kefahaman murid mengenai bahan pelajaran yang dibincangkan memastikan penyertaan murid yang aktif mengekalkan minat murid serta tumpuan perhatian mereka.

7. Peringkat Penutup

•Soalan pada peringkat penutup digunakan untuk membuat rumusan pelajaran menguji kefahaman murid secara menyeluruh.

8. Pada umumnya turutan menyoal di dalam kelas boleh dijalankan sepertiyang berikut:

•a. guru mengemukakan soalan kepada murid
•b. guru memberi masa untuk murid menjawab
•c. guru boleh tujukan soalan tersebut kepada semua murid di kelas
•d. guru boleh memanggil murid tertentu menjawab
•e. guru memberi perhatian kepada jawapan yang dikemukakan dan seterusnya ajukan
jawapan murid tersebut kepada murid lain.

•Pastikan ramai murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.
•Di samping itu soalan elok dikemukakan mengikut turutan yang logik dan
•jawapan murid diulangi untuk menunjukkan pentingnya jawapan yang
•lebih mendalam dan dapat menjelaskan `mengapa’ dan `bagaimana’. Beri
•pertimbangan kepada soalan-soalan `fakta’ dan soalan-soalan yang
•memerlukan `pemikiran’.

9.Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan
•soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu.

i. Soalan Menumpu

•Jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa soalan secara bersiri.
• Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau hujah yang hendak diketengahkan.

•Contoh:
•1. Nyatakan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning?
•2. Namakan 3 tokoh yang terlibat di dalam penentangan Dol Said di Naning?
•3. Perihalkan 2 peringkat perkembangan penentangan Dol Said di Naning
•4. Terangkan bagaimana British boleh memenangi peperangan kali kedua ke atas Naning?

ii. Soalan Mencapah

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan.
•Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas.

•Contoh:
•1. Mengapakah pada awal kebangkitan menentang penjajah tidak ramai orang menyertai penentangan tersebut?
•2. Ceritakan apa akan berlaku jika penentangan berlaku serentak di seluruh Negeri-Negeri
elayu Bersekutu?
•3. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan daripada kebangkitan Hj Abdul Rahman Limbong di Terengganu pada tahun 1928.

1 comments:

arboqskii said...

salam..bro...boleh saya tahu..artikel pasal entry nie...
bro dapat dari buku ke?
leh bgtau tajuk buku dan nama pengarang....mohon bantuan bro ..sbb sy nak wat kajian tindakan