CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Monday, March 9, 2009

KULIAH 9: PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KULIAH 9: PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. PEMBLAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

• Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi pilihan kepadapelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

2. PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU

•Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran

3. PEMBELAJARAN MASTERI

Seorang pelajar boleh & dapat belajar apa sahaja mengikut keadaan yang sesuai.
4. PEMBELAJARAN BERFIKRAH
Proses P & P yang menekankan iklim bilik darjah yg menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yg kompleks
• Strategi guru • Perlakuan pelajar

5. PEMBELAJARAN BERPANDUKAN TEKNOLOGI

Jenis Teknologi

•Bercetak • Audio • Video • Komputer • Multimedia

6. PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak.Otak manusia berfungsi sebagai “ parallel processor” melibatkan keseluruhan fisiologi manusia melalui emosi,persepsi,rangsangan dan pelbagai dimensi deria.
7. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus , iaitu melibatkan pembelajaran
berpusatkan pelajar, boleh menghubungkaitkan antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan
masalah kehidupan seharian, merupakan satu kaedah yang amat menarik untuk memantapkan minat
pelajar. Ia memberikan pengalaman berbentuk praktikal. Contoh melukis pelan sekolah, projek mural
dan lain-lain.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Direktif Pelajar menerima maklumat, pengetahuan dan kemahiran melalui penerangan daripada
guru dengan tunjuk cara, bimbingan, latihan, diikuti dengan ujian untuk menilai
kefahaman
2. Pemerhatian Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang
sesuatu kemahiran 3. Mediatif Pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, membuat inferen dan hipotesis
4. Generatif
Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh menyelesaikan sesuatu
masalah e.g. sumbang saran, metafora, pemikiran lateral, peta minda
5. Kajian Masa Depan Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah keupayaan pelajar dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan bagi menghasilkan
generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab
6. Konteks-Luar
Pelajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa seperti
menghadiri seminar, bengkel, projek dan proses latih amal.
7. Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah
ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands – on dan
minds – on.

0 comments: