CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Tuesday, April 14, 2009

PENGULUNGAN UNTUK KURSUS LSP4023 2009


Menjadi seorang guru bukannya mudah dari erti kata yang sebenar. Mudah dari segi perjawatannya tetapi agar sukar dari segi tanggungjawab dan persediaan untuk menjadi seorang guru sejarah yang berkesan dan efektif.

Kursus ini dengan harapan mampu menyediakan bakal guru kepada medan pendidikan yang lebih luas sebagai satu usaha mematangkan bakal guru secepat yang boleh , bersedia, tidak gentar dan berani menghadapi pelbagai bentuk pelanggan yankni pelajar yang penuh potensi tak kira di luar bandar mahu pun bandar.

Seorang guru sejarah yang berkesan bermula dengan kefahamannya tentang apakah persediaan yang perlu dilalui. Apakah tujuan kita mengajar sejarah di sekolah? Sejarah adalah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah dan di ajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Guru perlu membuat perancangan tahunan dan harian sebagai satu bentuk panduan kursus yang mesti diselesaikan seperti mana ditetapkan dalam kurikulum sejarah yang menterjermahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui bantuan sukatan pelajaran,huraian sukatan pelajaran dan rancangan harian. Semua ini merupakan aspek penting dalam perangan guru sebelum,semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Proses pengajaran dan pembelajaran ini didedahkan dalam kursus ini semasa anda membuat pengajaran mikro sebagai salah satu syarat kursus yang wajib dilalui oleh semua pelajar yang menduduki kursus LSP4023.

Sebelum proses P&P guru perlu memikirkan apa yang akan di ajar, kelas mana, apakah kaedah yang hendak digunakan. apakah aktiviti yang sesuai untuk memudahkan hasil pembelajaran dicapai. bagaimanakan bentuk penilaian yang akan diguna pakai dan sebagainya.

Semasa proses P&P pula lain hal pula berlaku, bagaimana guru mengorganisasi isi p&Pnya adakah berlaku kesinambungan isi,disampaikan mengikut urutan,digabung jalinkan secara berkesan. Bagaimanakah persediaan guru dari segi penguasaan konsep,fakta, aktiviti P&P , bahan bantu mengajar yang akan digunakan , bentuk pengukuhan atau pemulihan yang diperlukan. semua ini perlu diambil kira termasuklah perkara diluar jangka khusus kawalan kelas dan disiplin pelajar

Gambatte dan selamat menghadapi peperiksaan .. ja ne

1 comments:

Haizamz said...

SALAM,

Cikgu...dah lame tak dengar khabar since kursus sejarah stpm di Melaka. Anyway, cikgu di UPSI ke? Harap dapat tukar2 pendapat tentang pengajaran Sejarah.

Nazrulhaiza, SMK Pandan Mewah,Ampang.