CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Saturday, May 16, 2009

BILA SUKO MENULIS

Kerjaya yang ku jalani sudah menjangkau usia 19 tahun 1 bulan dan 15 hari. Pelbagai pengalaman dan perjalanan sudah terasa takala menjejakkan kaki sebagai pelajar diploma pendidikan pada januari 1990. Itulah titik permulaan menjadikan aku seorang guru. Menjangkakan apa yang dipelajari pada ketika itu dengan segala ilmu pendidikan seperti pedagogi,sosiologi,falsafah,kaedah pengajaran dan pembelajaran sepertipenilaian sudah mencukupi untuk menjadi seorang guru. Jelas dalam benak minda ku semua itu bukan mudah seperti yang di sangka. Dulu guru ku mengajar mengeja,membaca dan mengira. Guru yang mencorakkan intipati peribadi seorang manusia yang bernama insan. Gerak gerinya, tutur katanya, pakaiannya dan apa sahaja tentangnya tetap menjadi ikutan dan tersemat dalam ingatan. Itulah guru dari kaca mata seorang pelajar seperti diriku.

Kini bila aku memegang jenama keramat ini baru ku sedar , Belajar tu mudah tetapi membentuk,mengasuh dan mengajar seseorang pelajar agar memiliki bekalan yang bermakna untuk kehidupan seterusnya adalah sesuatu perkara yang luar biasa. Di luar batasan keupayaan untuk diukur dalam nilaian emas,permata meskipun wang. Apa yang boleh disimpulkan sebab pandai sahaja tidak mencukupi untuk menjadi seorang guru yang baik. Garang juga tidak cukup memungkinkan kita melahirkan insan yang berdisiplin. Lembut dan penyayang juga tidak semestinya kita disayangi dan disukai. Itulah guru, bukan satu kerjaya yang mudah,apatah lagi dalam suasana milinium ini. Kalau dulu zaman 90an dulu kerjaya guru bukanlah satu kerjaya yang popular atau antara 10 pilihan terbaik tetapi kini sebaliknya. Adakah kerana gaji dan insentif yang diberikan atau kerana memikirkan masa depan anak bangsa kini 1 malaysia. Kekangan dan tuntutan hidup jelas meruntun ganjaran sebagai asas pilihan kerjaya kerana guru juga manusia biasa. mari kita sama-sama memikirkannyan. Selamat Hari Guru untuk semua terutama insan mulia yang menjadikan aku seperti hari ini. Jasa mu hanya Allah SWT yang membalasnya. Terima Kasih cikgu.......

0 comments: