CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Saturday, February 21, 2009

KULIAH 5 PENGAJARAN MIKRO

Definasi Pengajaran Mikro
Pengajaran Mikro (PM)- satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi /motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapor, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
<2>Tempoh Masa dan Penglibatan

  • Tempoh pengajaran ialah antara 10-15 minit dan dilaksanakan dalam satu kumpulan 25-30 orang guru pelatih /bakal guru.

    Rasional
    a•PM memberi peluang kepada GP/BG untuk mempraktikkan /mencubakan teori-teori pembelajaran .
    b•Melatih kecekapan bertutur,menulis dan menyesuaikan diri dengan situasi kelas sebelum memasuki kelas sebenar.
    c.Mengetahui kekuatan/kelemahan pengajaran GP/BG melalui melalui rakan/tayangan video

    Sejarah Pengajaran Micro
    1.•PM mula diperkenalkan oleh seorang pendidik benama Robert Bush dan Wight Allen dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran di Universiti Stanford California Amerika Syarikat pada tahun 1961.
    2•Idea ini berkembang ke seluruh dunia dan menjadi amalan dalam pendidikan guru.

    Objektif Pengajaran Micro
    1•GP berpeluang mempraktikkan kemahiran mengajar .
    2•Mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang
    3. Melatih diri dan mencuba berbagai teknik ,teori pembelajaran ,kaedah dan strategi P&P.
    4•Melalui rakaman video GP/BG dapat melihat situasi sebenar ,gaya ,stail(style) guru bercakap,berdiri ,berhadapan dengan kelas .
    5•Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, BG dapat memahami kekuatan/kebaikan/kelemahan /kesalahan pengajaran dan seterusnya berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran beliau.
    6•Meningkatkan keyakinan untuk menghadapi situasi sebenar.

    Model-Model Pengajaran Micro.

    1•Model I -Allen dan Bush
    2•Merancang-Mengajar-Berbincang-Merancang semula-mengajar-berbincang.
    3•Model II –George Brown
    4•Merancang-Mengajar –Berbincang.
    5•Model III -Kombinasi Model I dan II
    6•Pengenalan-Perancangan-Pelaksanaan –Maklum balas

    Model III

    1.Pengenalan-Konsep PM diperkenalkan, komponen kemahiran dibincang, borang bimbingan dan senarai semak disediakan,satu sesi tayangan video disediakan bagi menilai pengajaran guru.
    2•Perancangan-Bakal Guru yang akan mengajar dipilih,dan merancang pengajaran untuk 5-15 minit .
    3•Perlaksanaan-Dalam sesi pengajaran seorang Bakal Guru berlakun menjadi guru dan 5-8 orang menjadi murid.Pengajaran guru dirakamkan.
    4•Peringkat Maklum Balas -Selepas sesi pembelajaran ,BG membuat analisis tafsiran dan rumusan terhadap hasil penilaian yang didapati daripada pemerhatian mereka yang direkodkan dalam borang bimbingan berdasarkan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran guru.Rakaman video diulang tayang untuk rujukan.

    Ja ne Gambatte kudasai

  • Thursday, February 19, 2009

    KULIAH 4 : SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN

  • Apakah SP?
    merupakan satu dokumen yang menterjemahkan hasrat negara untuk melahirkan individu yang memiliki semangat kekitaan dan mewujudkan perpaduan. Kurikulum Sejarah mengandungi asas-asas pengetahuan, nilai-nilai murni, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dapat diperkukuh dan diperkembangkan

    Huraian Sukatan Pelajaran
    merupakan huraian terperinci terhadap kandungan yang digariskan dalam SP. Penghuraian dibuat berlandaskan kepada Struktur Disiplin Sejarah, Kemahiran Pemikiran Sejarah, pecahan Tema-tema terpilih, Lajur dan Aras selaras dengan kandungan SP.

    STATUS MATA PELAJARAN SEJARAH
    Sejarah KBSM – wajib – berterusan 5 tahun
    SMA kesinambungan daripada SMR
    3 komponen utama di dalam intipati perlaksanaan dan kandungan kurikulum sejarah

    Asas-asas Pengetahuan
    Nilai-Nilai Murni
    Kemahiran Belajar
    MATLAMAT
    1.Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
    2.Memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.
    3.Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia.
    4.Mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran
  • OBJEKTIF

  • Membolehkan murid dapat ;
    Menyusur galur sejarah diri dan salasilah keluarga
    Menulis dan menghuraikan sejarah perkembangan sekolah
    Menyatakan asal usul dan perkembangan masyarakat dan negara
    Menyatakan warisan tradisi Kesultanan Melayu Melaka
    Menjelaskan sejarah negeri-negeri di Malaysia dari segi bentuk kerajaan, pentadbiran, ekonomi dan sosial
    Memiliki perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan negara
    Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara

  • TUTORIAL LSP 4023

    TUTORIAL BERMULA MINGGU HADAPAN
    KHAMIS 4-5 PETANG DI MAKMAL SEJARAH 3
    KHAMIS 6-7 PETANG DI MAKMAL SEJARAH 3
    KHAMIS 3-4 PETANG TEMPAT AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN
    KHAMIS 5-6 PETANG TEMPAT AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN

    Wednesday, February 18, 2009

    KULIAH 3 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU SEJARAH

    PERANCANGAN JANGKA PANJANG
    1.Memerhati guru yang berpengalaman
    buat catatan : - apa yang dilihat/didengar
    - soalan-soalan lisan
    - soalan-soalan bertulis
    - contoh-contoh aktiviti
    - bentuk teguran, pengukuhan, ganjaran
    - unsur-unsur HUMOR yang digunakan semasa P&P
    - aktiviti-aktiviti motivasi/set induksi
    buat perbincangan – tentang aktiviti p&p yang berlaku
    - mengapa aktiviti-aktiviti dipilih

    2.RANCANGAN PENGAJARAN
    Disediakan oleh Jawatan Kuasa Panitia
    Dapatkan contoh-contoh rancangan/aktiviti pengajaran
    dari sekolah-sekolah lain/PPD/JPN/PPK
    Dapatkan maklumat tentang kurikulum dan tingkatan
    yang akan diajar
    3.Meneliti buku teks dan rujukan
    contoh-contoh dalam buku teks dan buk,u rujukan perlu diteliti dan diperincikan atau dipermudahkan
    Contoh-contoh dan aktiviti sesuai dengan kemampuan pelajar/tingkatan yang diajar
    contoh-contoh yang dipilih berasaskan teori-teori pengajaran (Bruner, Gagne’, Ausubel, Dienes)
    4.Membuat perancangan pengajaran bagi sesuatu topik atau unit
    buat perancangan mengikut heirarki
    buat peta konsep atau peta minda bagi tajuk-tajuk yang relevan
    kemahiran disusun dari mudah ke sukar dan konkrit ke abstrak
    buat rancangan mengikut unit topik untuk prespektif yang luas terhadap isi kandungan sesuatu tajuk atau bidang
    5.Latar Belakang Pelajar
    perlu mengetahui peringkat perkembangan kognitif pelajar/tingkatan yang diajar
    - Peringkat konkrit atau Peringkat Formal

    6.Peringkat perkembangan konkrit
    - perlu menggunakan BBM
    - penggunaan gambarajah
    - contoh pelbagai
    peringkat perkembangan formal
    - pengajaran secara kuliah/penerangan
    Bahan Bantu Belajar/Bahan Bantu Mengajar
    kenal pasti tajuk-tajuk yang memerlukan bahan bantu belajar/mengajar
    bahan-bahan bantu belajar/mengajar yang terdapat di pasaran
    bahan-bahan bantu belajar/mengajar yang dibina sendiri