CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, February 15, 2008

KULIAH 6: KBKK

  • Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif

  • Berasal daripada perkataan Yunani kritikos yang bermaksud menyoal, memahami, dan menganalisis.

  • Bermaksud pertimbangan yang dibuat dengan teliti sama ada menerima, menolak atau menangguh-kan penerimaan / penolakan sesuatu perkara.Tahap keyakinan menerima atau menolak perkara tersebut.

  • Kemahiran Kritis
  • Membaca & mendengar dengan teliti
  • Menilai hujah
  • Mencari & kenal pasti andaian tersirat
  • Mengesan akibat sesuatu dakwaan
  • Menganalisis dan menilai idea, data, & maklumat, yang melibatkan perlakuan seperti:mengumpul& mengelas; membanding & membeza; membuat urutan; menerangkan sebab & akibat; menganalisis & membuat kesimpulan.

  • 6 Unsur Pmikiran Kritis
  • FRISCO – Focus, Reasons, Inference, Situation, Clarity dan Overview.Focus: Fokus – memfokus kepada masalah atau persoalan utama.
  • Reasons: Sebab/alasan – mencari sebab atau alasan yang menyokong sebelum membuat keputusan.
  • Inference: Inferens – membuat kesimpulan berasaskan alasan, bukti dll.
  • Situation: Situasi – Persekitaran sosial dan fizikal – individu yang terlibat, tujuan, latar belakang, pengetahuan, perasaan, sikap, keluarga, agama, institusi dll.
  • Clarity: Kejelasan – Komunikasi bertulis atau lisan yang jelas dan tepat.
  • Overview: Gambaran menyeluruh – melihat sesuatu dari pelbagai aspek secara menyeluruh.

  • Pemikiran Kreatif
  • Bloom (1959) menghuraikan aras ‘sintensis’ sebagai ‘kebolehan menganalisis dan membentuk semula maklumat menjadi idea yang unik’.

  • Torrance (1963) membahagikan 4 ciri ‘creativity’ sebagai kebolehan menjana idea, menghasilkan idea, menghuraikan idea dan mewujudkan idea yang asli.

  • Pemikiran kreatif (Perkins, 1984, 1985 )
  • Usaha mendapatkan sesuatu yang asli dan praktikal yang memberi kesan besar.

  • Matlamat – meneroka matlamat dan pendekatan alternatif, menilai, memahami masalah dan penyelesaiannya, dan sedia mengubah pendekatan.

  • Perubahan – dari abstrak kepada konkrit, umum kepada khusus dan sebaliknya; guna analogi.

  • Standard tinggi – tetapi ketidakpastian, risiko kegagalan diterima sebagai normal.

  • 0 comments: