CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, May 21, 2010

CIRI CIRI-CIRI AM PENDIDIKAN



OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DINYATAKAN DALAM PENDAHULUAN AKTA PELAJARAN 1961:
“BAHAWASANYA dasarpelajaransepertiyang diistiharkandalamOrdinanpelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomidanpolitiknya...”

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN



MATLAMAT: PERPADUAN NEGARA

UNTUK MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT, PENYATA RAZAK (1956) DAN LAPORAN RAHMAN TALIB (1965) TELAH MENGARISKAN TIGA ASAS UTAMA SEPERTI BERIKUT:

1.SISTEM PERSEKOLAHAN YANG SAMA BAGI SEMUA.
2.BAHASA MALAYSIA SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA DI SEMUA PERINGKAT PERSEKOLAHAN; DAN
3.KURIKULUM DAN PEPERIKSAAN SEKOLAH YANG SAMA KANDUNGAN DAN BERCORAK KEBANGSAAN.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARIPADA SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

STRATEGI PELAKSANAAN



1.Menjadikan Bahasakebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
2.Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagisemujenissekolah.
3.Mewujudkan sistem peperiksaan yang samabagisemua.
4.Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
5.Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,seimbangdanbersepadu.
6.Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.
7.Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman.
8.Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) yang berasaskan3M. Matlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh.
9.Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
10.Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan diperingkat Universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
11.Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dandisiplin.
12.Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah da nmemberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa lain seperti Bahasa Cina dan BahasaTamil.
13.Menggalakkan aktiviti ko-kurikulumyang memupuk disiplin seperti kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dan lain-lain

0 comments: