CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Tuesday, March 11, 2008

KULIAH 8 ( 13 MAC 2008 )

Pendekatan Induktif pendekatan Hilda Taba dan lain-lain yang berkenaan.

  • Model yang menekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental dan proses berfikir dengan menganalisis informasi dan membina konsep.

  • Dipelopori Pakar Kurikulum- Hilda Taba
  • Merekabentuk Strategi Pengajaran untuk membina proses berfikir secara induktif, terutamanya keupayaan menkategori dan menggunakan kategori

  • Taba membuat 3 andaian berfikir:
  • i.Proses Berfikir boleh diajar
  • ii.Proses berfikir adalah perlakuan aktif antara individu dan data
  • iii.Proses Berfikir melibatkan urutan yang mengikut peraturan

  • Taba mengenal pasti 3 strategi pengajaran yang mensepadukan unit pembelajaran dengan proses berfikir:
  • a.Membina konsep (strategi asas pengajaran)
  • b.Menginterpretasi data.
  • c.Mengaplikasi prinsip-prinsip

  • CONTOH PENGAJARAN INDUKTIF SAINS INKUIRI:
  • Guru beri masalah/perkara untuk buat penyiasatan.
  • Contoh: Struktur Tumbuh-tumbuhan.
  • Pelajar bekerja berpasangan – diberi sejumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak – nurseri sekolah.
  • Pelajar diminta membina kategori tumbuh-tumbuhan berasaskan ciri-ciri struktur akar, batang dan daun.
  • Pelajar buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan pasangan lain.

  • Guru menjadi pengerak aktiviti dengan mengajukan soalan untuk membimbing pelajar bergerak dari satu fasa ke satu fasa pada masa yang difikirkan sesuai.
  • Di peringkat permulaan, guru mengawal aktiviti pembelajaran
    Setelah pelajar biasa dengan pendekatan ini, pelajar diberi peluang untuk mengawal tindakan mereka sendiri
  • Guru perlu mengawal bagaimana pelajar memproses maklumat dan mengajukan soalan-soalan yang bersesuaian
  • Tugas utama guru adalah untuk memastikan tahap kesediaan pelajar dari segi kognitif untuk menjalankan tugasan yang diberi

  • Rujukan
  • Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1996) Models of teaching. Edisi ke-5. Boston: Allyn and Bacon. Bab 10 dan Bab 12.

  • 0 comments: