CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Friday, January 4, 2008

PENGALAMAN PEMBELAJARAN

MEMILIH PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1.•Istilah “’Pengalaman Pembelajaran” bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya.
•Pembelajaran berlaku melalui perubahan dalam tingkah laku pelajar – yang memerlukan penglibatan pelajar yang aktif.
•Pelajar belajar melalui apa yang dilakukannya – bukan apa yang dilakukan oleh guru.
2. •Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa :-

•Darjah tumpuan perhatian pelajar terhadap pelajaran tidak sama.
•Persepsi pelajar berbeza-beza – makna yang diperolehi melalui sesuatu pengalaman itu tidak sama antara pelajar.
•Motivasi pelajar untuk mendapatkan pengalaman tidak sama.
•Keadaan fizikal (pendengaran, penglihatan, kesihatan dll.) pelajar tidak sama.
PRINSIP UMUM PENGALAMAN PEMBELAJARAN
1.Untuk mencapai objektif, pelajar perlu diberi peluang mengamalkan tingkah laku yang dinyatakan di dalam objektif tersebut.
2.Pengalaman pembelajaran hendaklah sesuatu yang mempunyai daya penarik dan memberi kepuasan kepada pelajar.
3. Objektif yang hendak dicapai tidak terlalu jauh daripada pengalaman sedia ada pelajar.
4. Objektif hendaklah mempunyai kriteria yang membolehkan pengajaran berkesan berlaku.
5. Objektif pembelajaran hendaklah menghasilkan pembelajaran sampingan yang berfaedah.

0 comments: