KULIAH PEDAGOGI BERJALAN SEPERTI BIASA PADA MINGGU HADAPAN BAGI KUMPULAN G DEWAN KULIAH K HARI KHAMIS 8.00 MALAM HINGGA 11 MALAM.
membawa perubahan dalam hidup kita khususnya kepada sesuatu yang lebih baik dan bagus daripada sebelumnya. Selamat Menyambut tahun baru hijrah. Sermoga kita dilimpahi rezeki,rahmat dan perlindungan Allah S .W.T sentiasa. Amin.
Di bawah adalah lampiran keseluruhan Tugasan .
TUGASAN 1 (10 markah): Tugasan ini boleh dibuat secara individu atau berdua.
Sila sertakan kedua-dua tugasan (dan salinan artikel) Bahagian A dan B dalam CD juga, pada akhir minggu ke 4.
Konsep atau tajuk: Carl Rogers nondirected teaching, smart school (in Malaysia), mastery learning, cooperative learning, problem-based learning, constructivism, inquiry teaching, inductive teaching, Ausubel’s advance organizer, open classrooms, formative and summative evaluation, accelerated learning, project method.
TUGASAN 2: 40 Markah
Tugasan 2 ini boleh dibuat dalam kumpulan 3-4 orang. Tugasan ini hendaklah dibuat sebagai satu kesatuan. Tarikh penyerahan tugasan ini ialah pada akhir minggu ke 10.
b) Istilah (terminology)
c) Cara atau kaedah membuat sesuatu
(knowledge of ways and means of dealing with specifics)
d) Kelaziman atau adat (conventions)
e) Trend dan turutan
(knowledge of trends and sequences)
f) Klasifikasi dan kategori
(knowledge of classifications and categories)
g) Kriteria
h) Kaedah penyelidikan (methodology).
i) Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang.
j) Teori dan struktur pengetahuan
- Beberapa istilah atau konsep penting
- Cara atau prosedur membuat sesuatu (misalnya membuat peta, carta atau rajah; cara menulis laporan); dan dengan itu kemahiran-kemahiran penting berhubung dengan prosedur ini yang perlu pelajar menguasai.
- Klasifikasi dan kriteria membuat klasifikasi
- Prinsip dan teori berhubung dengan topik itu.
a) menulis satu kenyataan objektif bagi setiap 6 aras taksonomi Bloom bagi topik itu.
b) serentak dengan itu, bagi setiap kenyataan objektif, anda hendaklah menulis soalan yang sesuai untuk menguji pelajar sejauh mana mereka mencapai objektif itu.
Ini akan menjadi objektif pengajaran topik anda itu.
Objektif (aras pengetahuan): Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat menyenaraikan........ .......dan pelajar dapat memberi contohnya.
Soalan: Nyatakan tiga contoh...........
Soalan: Dengan menggunakan data berikut, bezakan antara xx dan yy dan zz.
2. Pendekatan pengajaran
Guna dua (2) pendekatan yang berlainan berikut untuk mengajar topik di atas, bagi mencapai objektif pengajaran anda dalam 3 – 4 unit pelajaran yang berturutan (sequential).
dan sama ada
atau
c) Pendekatan inkuiri – terpimpin (guided-inquiry method)
Turutan atau sequens langkah-langkah pengajaran bagi pendekatan masteri berbeza dengan sequens Pendekatan berasaskan-masalah atau Pendekatan inkuiri-terpimpin.
unit Pengajaran | Objek/Hasil Pembelajaran | Kandungan pelajaran | Kaedah Mengajar | Kaedah Penilaian |
Unit 1 (nyatakan sub- topiknya) | nyatakan | nyatakan | nyatakan | nyatakan |
Unit 2 | | | | |
Unit 3 | | | | |
Demonstrasi Deduktif Induktif Drama Eksperimen Kajian kes Kerja amali Kerja lapangan Main peranan Panel Pakar | Pembelajaran kooperatif Pembentangan Bercerita Peneragan dan Perbincangan Projek Simulasi Syarahan dan soal jawab Tunjuk sampel Metakognisi Mengguna komputer, DVD |
Lihat Lampiran 2 tentang contoh ringkas susunan langkah-langkah Gagne.
Lampiran 1
(Rujukan: Bloom, Benjamin S., et. al. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook 1: Cognitive Domain, London: Longman)
Apakah ’ilmu pengetahuan’ di dalamnya?
a) Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti nama orang, nama tempat, tarikh, ukuran. Siapakah Perdana Menteri
Erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-verbal symbols). Sesuatu istilah biasanya membanyangkan satu konsep. Dalam matematik misalnya terdapat istilah atau konsep seperti tambah, tolak, darab dan bahagi; nisbah, peratus dsb. Dalam Bahasa Melayu terdapat istilah atau konsep seperti tatabahasa, ayat, perkataan jenis nama, perbuatan, kata sifat (adjektif), adverba, dsb.
(knowledge of ways and means of dealing with specifics)
Cara atau prosedur membuat sesuatu, cara menyusun dan menyelengara sesuatu: misalnya cara membuat peta, cara menulis laporan, cara mempelajari sesuatu, cara menilai sesuatu. Ini termasuk juga tahu cara mencari maklumat, memilih dan mengsintesis maklumat; prosedur mengatur atau menyusun sesuatu mengikut kronologi; mengetahui kriteria dan cara membuat penilaian.
Apakah langkah-langkah utama untuk menyelidik sesuatu? Bagaimanakah anda membuat eksperimen untuk menguji dan membanding kesan tiga jenis baja dalam pertumbuhan pokok. Bagaimanakah hendak menyiap projek ini?
d) Kelaziman atau adat (conventions).
Apakah contoh kelaziman dalam pengajaran-pembelajaran sesuatu topik atau subjek?
(knowledge of trends and sequences)
f) Klasifikasi dan kategori
(knowledge of classifications and categories)
Kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dsb. Apakah klasifikasi buku yang terdapat di perpustakaan sekolah? Klasifikasi jenis haiwan, tumbuh-tumbuhan dan pokok; klasifikasi jenis pekerjaan. Apakah asas klasifikasi kandungan pelajaran di sekolah? Buat analisis atau klasifikasi penduduk di
g) Kriteria
Mengetahui tentang kriteria bagaimana fakta, prinsip, kaedah, pendapat, idea, tingkah laku, dsb diuji dan dinilai. Apakah kriteria atau asas sesuatu itu dinilai? Bagaimanakah pencapaian pelajar di sekolah dinilai? Apakah asasnya? Bagaimanakah kamu menilai hasil kerja kamu? Apakah kriteria yang kamu gunakan untuk membeli sesuah buku?
h) Kaedah penyelidikan (methodology).Mengetahui tentang kaedah, prosedur dan teknik menyelidik untuk mengkaji sesuatu perkara atau sesuatu bidang. Contohnya pelajar perlu mengetahui tentang kaedah saintifik dalam penyelidikan biologi; kaedah saintifik untuk menyelesaikan sesuatu masalah kesihatan. Kaedah saintifik untuk mengkaji apakah kesan penggunaan komputer dalam pembelajaran di sekolah?
Bagaimanakah kita menguji prestasi pelajar dalam bahasa Inggeris?
Mengetahui tentang skima dan corak (schemes and patterns) sesuatu,
bagaimana idea dan fenomina disusun. Ini termasuklah generalisasi, prinsip yang digunakan dalam sesuatu bidang untuk memahami sesuatu masalah atau fenomena dalam bidang itu. Contohnya dalam ilmu ekonomi terdapat kaedah jual-beli untuk menentukan harga sesuatu barang; prinsip pembelajaran dari mudah ke lebih susah; prinsip hubungan antara guru dan murid di sekolah; prinsip pentadbiran sesuatu organisasi pernigaan.
Mengetahui prinsip atau model berguna untuk menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum ‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyak latihan lebih cekap;
j) Teori dan struktur pengetahuan
Ini aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui dan dapat mengingat kembali teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya. Dalam psikologi pembelajaran terdapat teori ‘stimulus-respon’, teori getalt, teori motivasi Maslow. Apakah teori yang kamu pelajari dalam geografi, ekonomi, fizik dan biologi?
Dalam menentukan apakah yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran atau sesuatu topik, analisis kandungan topik berdasarkan klasifikasi ‘pengetahuan’ di atas berguna, supaya berbagai aspek dan aras ‘pengetahuan’ dalam topik itu akan diliputi.
Lampiran 2
Contoh susunan langkah-langkah ringkas pengajaran mengikut Gagne
Anda hendaklah menanggap ini sebagai contoh saja. Langkah-langkah pengajaran anda haruslah lebih terperinci.
Dalam Bab 12 buku Gagne, R. (1985). The Conditions of Learning (4th ed.), Gagne mengemukakan susunan langkah-langkah pengajaran berikut berdasarkan teori hieraki kemahiran kognitifnya.
Mata Pelajaran Geografi: Tingkatan 4
Topik: Banjir
Pelajaran 1: (40 minit)
Langkah 1. Menarik perhatian pelajar – contohnya, menunjukkan gambar;
Langkah 2. Menentukan objektif pengajaran – beri soalan untuk pelajar mencari jawapan “Apakah sebab berlakunya banjir….”; “Apakah langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk mengatasi berlakunya banjir…” Pelajar dan guru bersoal-jawab untuk menentukan objekif pelajaran dan projek mereka.
Pelajaran 2: (40 minit)
Langkah 3. Ulangkaji pelajaran yang lalu. Bersoal-jawab dan menunjukkan tempat-tempat yang selalu berlaku banjr di sesuatu tempat yang dipelajari dalam pelajaran yang lalu.
Langkah 4. Beri stimulus. Misalnya, beri rangka untuk berbincang; misal beri satu contoh untuk membuat peta minda yang berfokuskan kepada ‘cara-cara mengatasi banjir.’
Langkah 5. Bimbing pelajar belajar. Pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan: satu kumpulan empat orang. Setiap kumpulan membuat peta mindanya tentang cara-cara mengatasi banjir. Guru beri bimbingan kepada kumpulan jika mereka menghadapi masalah.
Langkah 6. Perhatikan prestasi atau hasil kerja pelajar. Guru mengawasi perbincangan murid dalam kumpulan.
Langkah 7. Beri maklum balas. Dari jawapan murid, atau dari hasil kerja murid, guru dapat menilai proses pembelajaran murid; guru memberi komen sama ada murid berada dalam arah yang betul, dan beri pujian.
Pelajaran 3 (80 minit)
Langkah 8. Murid bentang kepada kelas hasil kerja peta minda mereka. Guru dan murid lain memberi komen dan buat penilaian dan tunjuk cara membuat pembetulan.
Langkah 9. Kukuhkan hasil pembelajaran murid. Suruh setiap murid menulis, menghuraikan lagi beberapa cadangan mereka tentang cara mengatasi banjir.
Langkah 10. Murid menulis laporan mengikut kumpulan.
Buat sequens langkah-langkah pengajaran
- Pendekatan pengajaran masteri
- Pendekatan pengajaran berasaskan-maslah (problem-based learning)
- Pendekatan inkuiri-terpimpin
0 comments:
Post a Comment