CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

KURSUS KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH SESI 2009/2010

Selamat Datang Ke Kursus LSP4023– Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu pendekatan penting dalam melahirkan bakal guru sejarah yang kreatif dan berketrampilan .kursus-kursus yang diharapkan akan menjadikan anda:Guru sejarah yang juga seorang sejarahwan dan berfikir sebahagai ahli sejarah dan mengaplikasikan kemahiran sejarah kepada pelajar sejarah.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SENSEI NO HI ..GAMBATTE KU DASAI JA NE


Saturday, February 21, 2009

KULIAH 5 PENGAJARAN MIKRO

Definasi Pengajaran Mikro
Pengajaran Mikro (PM)- satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi /motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapor, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
<2>Tempoh Masa dan Penglibatan

  • Tempoh pengajaran ialah antara 10-15 minit dan dilaksanakan dalam satu kumpulan 25-30 orang guru pelatih /bakal guru.

    Rasional
    a•PM memberi peluang kepada GP/BG untuk mempraktikkan /mencubakan teori-teori pembelajaran .
    b•Melatih kecekapan bertutur,menulis dan menyesuaikan diri dengan situasi kelas sebelum memasuki kelas sebenar.
    c.Mengetahui kekuatan/kelemahan pengajaran GP/BG melalui melalui rakan/tayangan video

    Sejarah Pengajaran Micro
    1.•PM mula diperkenalkan oleh seorang pendidik benama Robert Bush dan Wight Allen dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Pengajaran di Universiti Stanford California Amerika Syarikat pada tahun 1961.
    2•Idea ini berkembang ke seluruh dunia dan menjadi amalan dalam pendidikan guru.

    Objektif Pengajaran Micro
    1•GP berpeluang mempraktikkan kemahiran mengajar .
    2•Mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang
    3. Melatih diri dan mencuba berbagai teknik ,teori pembelajaran ,kaedah dan strategi P&P.
    4•Melalui rakaman video GP/BG dapat melihat situasi sebenar ,gaya ,stail(style) guru bercakap,berdiri ,berhadapan dengan kelas .
    5•Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, BG dapat memahami kekuatan/kebaikan/kelemahan /kesalahan pengajaran dan seterusnya berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran beliau.
    6•Meningkatkan keyakinan untuk menghadapi situasi sebenar.

    Model-Model Pengajaran Micro.

    1•Model I -Allen dan Bush
    2•Merancang-Mengajar-Berbincang-Merancang semula-mengajar-berbincang.
    3•Model II –George Brown
    4•Merancang-Mengajar –Berbincang.
    5•Model III -Kombinasi Model I dan II
    6•Pengenalan-Perancangan-Pelaksanaan –Maklum balas

    Model III

    1.Pengenalan-Konsep PM diperkenalkan, komponen kemahiran dibincang, borang bimbingan dan senarai semak disediakan,satu sesi tayangan video disediakan bagi menilai pengajaran guru.
    2•Perancangan-Bakal Guru yang akan mengajar dipilih,dan merancang pengajaran untuk 5-15 minit .
    3•Perlaksanaan-Dalam sesi pengajaran seorang Bakal Guru berlakun menjadi guru dan 5-8 orang menjadi murid.Pengajaran guru dirakamkan.
    4•Peringkat Maklum Balas -Selepas sesi pembelajaran ,BG membuat analisis tafsiran dan rumusan terhadap hasil penilaian yang didapati daripada pemerhatian mereka yang direkodkan dalam borang bimbingan berdasarkan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran guru.Rakaman video diulang tayang untuk rujukan.

    Ja ne Gambatte kudasai

  • 1 comments:

    AffanDisme said...

    nice bagus untuk guru pelatih. minta post lbh byk